Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

KUDA KEPANG

Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dariJawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinanatau di majlis keramaian.

BILANGAN PEMAIN
Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
  • 9 orang penari
  • 5 orang pemain muzik
  • 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
  • 9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.



No comments:

Post a Comment