Friday, July 23, 2010
Thursday, July 22, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN
Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayamdan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.
Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
Wednesday, July 21, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM
Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:
- lima buah angklung
- sebuah gendang
- beberapa gong
- sekurang-kurang sembilan kuda
- sebatang pecut
- serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).
Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.
Monday, July 19, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA
- 9 orang penari
- 5 orang pemain muzik
- 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
- 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.
Sunday, July 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT
[[BAHAGIAN KETIGA]]
Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
PANDANGAN:
Pada pandangan saya, pantang larang diadakan kerana untuk menakutkan para generasi muda yang belum mahir tentang kehidupan. Rutin harian yang mudah juga ada yang tidak beberapa memahami. Kadangkala, aku juga melanggari sesuatu pantang larang sebelum memahami pantang larang tersebut seperti memotong kuku pada waktu malam.
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA
[[BAHAGIAN KEDUA]]
SATU:
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta.
SEBAB:
(a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
PANDANGAN:
Ia tidak bagus bagi penglihatan kami kerana ia menyakitkan mata diakibatkan oleh kegelapan senja.
DUA:
Kalau makan nasi kena habiskan... kalau tidak nasi akan menangis.
SEBAB:
ini untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
PANDANGAN:
Membazir makanan adalah tabiat yang buruk yang tidak harus diamali. Bersyukur dengan apa yang kami boleh memiliki, sedangkan ramai orang di luar negeri tidak mempunyai cukup makanan.
TIGA:
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul.
SEBAB:
Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung.
PANDANGAN:
Bagi saya, bantal adalah tempat kami meletakkan kepala kami untuk berehat. Jika kami mendudukkannya, bukankah ia menggelikan? Tempat kami beradu didudukkan oleh punggung kami.
Monday, July 12, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA
SATU:
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
SEBAB:
Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
PANDANGAN:
Sebagai insan yang berperimanusiaan, kita tidak boleh mendera haiwan kerana mereka juga makhluk ciptaan Tuhan.
DUA:
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
SEBAB:
Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
PANDANGAN:
Kecacatan adalah anugerah yang diberi oleh Tuhan. Maka janganlah menghina. Seharusnya kami harus bersyukur kesempurnaan kita yang diberi.
TIGA:
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
SEBAB:
Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
PANDANGAN:
Untuk mempunyai sebuah keluarga yang aman dan damai dan juga diberkati Tuhan, kita harus menghormati yang tua.